Kombo Nostalgia 2 buku

RM30.00 untuk 2 buku ini
Postage:
RM3.00 ke semenanjung.
RM15.00 ke Sabah atau Sarawak.
Di tandatangani oleh penulis.
TERHAD
Setiap buku ditandatangani oleh Ust Pahrol
Buku 1: REVOLUSI
REVOLUSI BERUK
Saya senyum sendirian membaca cerpen-cerpen lama yang pernah
saya tulis waktu muda-muda dahulu. Begitu polos dan terus sindirannya. Tanpa
hiasan hikmah dan belaian indah kata-kata, dahulu saya menyampaikan mesej
secara keras dan kejang begitu sahaja. Orang muda… begitulah.
.
.
Saya tidak berhenti menulis cerpen sebenarnya. Cuma
cerpen-cerpen saya kebelakangan ini, lebih “melo” dan peribadi sifatnya. Lalu
saya simpan sahaja untuk tatapan peribadi.
Suka saya berkongsi dengan pengunjung blog… sebuah cerpen
yang telah saya tulis lebih kurang 20 tahun yang lalu. Maafkan saya, jika tulisan ini terlalu satira
dan sangat sinikal. Orang muda… memang begitu. Mungkin pendekatannya kasar,
tetapi insya-Allah MESEJnya relevan hingga kini.
Terimalah…
.
.
REVOLUSI BERUK
Sesungguhnya ilmu itu bukanlah kejahilan
akan tetapi ada ilmu yang bahayanya
lebih daripada kejahilan.
-Imam Al Ghazali
.
.
Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang
sambil tangannya yang berbulu itu memegang ranting dahan.
Dia termenung. Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke
dahan, berteriak, menjerit penuh riang.
“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita, rimba raya ditusuk jeritan
beruk-beruk hutan. Tapi Raja Beruk terus termenung…
“Mengapa paduka tuan?” tanya Menteri Beruk.
Diam..tiada jawapan. Raja Beruk terus diam.
“Mengapa paduka tuan?” Tanya Menteri Beruk sekali lagi.
“Aku risau…” sepatah jawab Raja Beruk.
.
.
Pokok ketapang tempat semayam Raja Beruk tetap tegap.
Buah-buahan hutan hadiah anak buahnya tidak dijamah.
Menteri Besar terus tertanya-tanya. Apa dah jadi pada
Rajanya?
Raja Beruk tetap risau.
“Apa khabar utusan-utusan yang kita tugaskan?”
“Sudah seminggu mereka tak balik-balik, Kakap belum balik
dari Selatan. Semik belum balik dari Barat, Koring belum
sampai dari Timur…Mana Sigah dari Utara?” keluh Raja Beruk.
.
.
“Jangan risau tuanku , mereka pasti balik”, pujuk Menteri
Beruk.
“Itu aku tahu tetapi berapa lama?” bentak Raja Beruk dengan
nada tinggi. Marah nampaknya dia.
“Mana manuskrip itu? Cuba bacakan sekali lagi!” perintah
Raja Beruk. Memanda Menteri mencapai kertas keramat yang dimaksudkan.
Dikeluarkan dari celah banir pokok yang terlindung dengan daun-daun kayu. Dalam
hati Memanda Menteri Beruk hot juga. Nak protes depan-depan tak berani. Dia dah
jemu sebab kali ini sudah seratus sembilan puluh, manuskrip itu dikeluarkan.
Dan dia sudah pasti,pasti..
dia diperintahkan membacanya lagi .
.
.
Tiba-tiba…
“Nyet…nyet…ook…ook…”suara garau Raja Beruk bertitah.
Suaranya bergema di kawasan hutan itu. Anak buah yang
tadinya bergayutan menjerit, bergurau dan bersuka-suka diam serta merta.
Semuanya taat perintah. Raja Beruk perintahkan diam. Dia ingin menghayati isi
manuskrip itu. Jangan diganggu konsentrasinya. Anak buahnya mesti diam. Dan
mereka nampaknya terus patuh. Titah Raja Beruk tetap dijunjung.
Meskipun beruk sama-sama beruk tetapi ia jadi Raja. Dan
rakyatnya hanya menerima beruk menjadi raja. Sudah tentu!
.
.
“Ini perutusan agung dari datukmu Darwin: asal kami adalah
beruk…tetapi sekarang kami dipanggil manusia. Kami bina tamadun hidup yang
tinggi, kekayaan dari perut bumi kami gali, kami duduk dalam rumah berhawa
dingin dan menikmati makan-minum, tidur baring dan berhibur dengan selesa. Kami
bina ia dengan keupayaan kami sendiri. Dengan otak yang telah berkembang. Ekor
kami jadi kecil, wajah kami jadi cantik…
Semua penukaran semulajadi dan ini kami tangani dengan
revolusi otak dan evolusi fizikal…
.
.
“Gunakan otak wahai saudara-saudaraku beruk! Hutan akan
musnah, pokok tempat bergayut akan ditebang manusia. Buah kelubi, pisang hutan
dan lain-lain milik kamu akan pupus. Teknologi manusia akan menghimpit kamu.
Satu dan hanya satu jalan keluar …Beruk-beruk mesti jadi manusia! Jadilah
manusia! Jadilah manusia!”
Begitulah isi manuskrip yang dibaca oleh Menteri Beruk.
Mata Raja Beruk jadi bersinar, fikirannya melayang-layang…
.
.
Aku…detik hatinya, aku akan memimpin rakyatku untuk satu
revolusi. Revolusi besar, hebat dan gagah. Apa dia? Menukar dan memimpin beruk
menjadi manusia! Nah, itu misi revolusiku…
Itulah impian Raja Beruk. Mimpi yang dibawanya ketika
bergayut. Mimpi yang dibawanya ketika memamah buah kelubi.
Mimpi ketika bermesra dengan permaisuri beruk…mimpinya ingin
menjadi manusia.
Anak buahnya memandang Raja Beruk dengan mata
terkebil-kebil. Simpati ada,rasa risau pun ada. Selalunya badan sasa Raja Beruk
akan kelihatan melompat ke sana ke mari.
.
.
Memimpin ketika mencari makan, mengatur ketika bermain-main
dan macam-macam lagi kehebatnnya. Kini Raja Beruk terpesuk ,tunduk dengan wajah
murung. Tentu ada sesuau yang difikirkan…Apakah tempat baru ini tidak sesuai?
Mustahil. Mereka baru sahaja berpindah ke tempat ini.
Dulu…memang, di tempat lama dua tiga ekor kawan mereka telah
dibaham harimau. Sebab itulah Raja Beruk memerintahkan mereka berpindah dan dia
sendiri yang memilih tempat ini. Tempat ini strategik. Buah-buahan banyak,
musuh hampir tidak ada. Serba serbinya cukup dan memuaskan. Tapi kenapa Raja
Beruk bermuram durja, berduka nestapa?
.
.
“Engkau semua tahu makan sahaja. Tak tahu fikir panjang.
Bagaimana nasib anak cucu generasi akan datang kau semua tak
fikir. Hutan kita akan pupus, buah-buahan kita akan tandus. Generasi beruk akan
hilang di dunia jika kita tidak cepat bertindak. Engkau fikir senang hari ini
sahaja…esok?”
rungut Raja Beruk dalam hati. Mengeluh dia tentang anak
buahnya yang lembab. Patut pun jadi beruk! Tetapi aku tidak.
.
.
Aku genius di tengah kedunguan generasiku. Akulah pemimpin. Pemimpin revolusi beruk jadi
manusia.
“Memanda Menteri, utuskan pengawal-pengawal pilihan menanti
di perbatasan hutan. Tunggu kedatangan Kakap,Semik,Koring dan Sigah! Aku tahu
dalangnya sahaja.
Jangan dipersoalkan bila, tunggu sampai tiba ,”perintah Raja
Beruk tegas. Garang.
“Menjunjung perintah, Tuanku!”kata Menteri Beruk.
.
.
Perintah dikeluarkan, meloncatlah satu platun pengawal beruk
yang gagah perkasa. Menghayun badan, melayang-layang dari dahan ke dahan ada kelebihan…pergi
menjunjung titah rajanya. Hati Raja Beruk lega, sebodoh-bodoh rakyatnya ada
kelebihan juga. Bodoh memudahkan mereka patuh. Soal ini…rakyat beruk memang
terpuji.
“Ada apa-apa lagi Tuanku?”Tanya menterinya.
.
… ikuti sambungannya di dalam buku Revolusi ini.
Makluman buku Revolusi dan Dimana Dia di hatiku ini ada sedikit kecacatan sedikit di bahagian tepi sebelah luar buku. Tetapi isinya masih cantik.
Bahagian dalam buku masih cantik.
Komen Pembaca 1: Mali
Buku ni buat saya wish yang Ustaz Pahrol lagi banyak melibatkan diri dalam bidang fiksyen. He has good writing skills and I don't doubt yang his works of fiction would be BOMB.
Almost cried on this one cerpen. And what a great idea untuk open the book with Darul Taqwa. Coincidentally, sebelum membaca buku ni, aku baca buku Sejadah, in which Malaysia dh ada at Future and pemerintahan 'Islamik', so reading Darul Taqwa memang made me smile.
5 stars because
1) gaya penulisan yang sngt indah
2) buat cerpen2 yang 'moving'
3)I can tell daripada his writing yang penulis banyak membaca,
and tak asing dgn pop culture.
Nama2 spt Francis Fukuyama, Machiavelli, Jlaw yang muncul dlm cerpen2nya prove this.
Komen Pembaca 2: Aqilahamin
Revolusi adalah sgt berbeza dari buku-buku lain Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Buku ini sedikit berat. Dan merupakan himpunan 15 buah cerita pendek.
Ada cerita yg buat aku kagum membygkan masa depan Islam yg maju, ada yg buat aku rasa manusia semakin tidak bertamadun, ada yg hampir menitiskan air mata. Berkitar tentang masyarakat Islam di akhir zaman.
Cerita terakhir adalah kisah benar, tentang kisah Ustaz sewaktu menjadi tahanan ISA. Itu perkongsian menarik. Tentang seburuk buruk kejadian, terselit pelbagai hikmah
Buku 2: DIMANA DIA DI HATIKU
Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....
Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya kita hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah.
Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.
Di Mana Dia Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri... di mana letaknya kita di sisi Ilahi?
Che Mat akan bantu melancarkan proses pembelian anda.
Buku ini khas untuk anda. Unit yang sangat terhad.