Akaun zamaju.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kombo Angguk 3.0

Kombo Angguk 3.0

Semua buku adalah hasil karya

Ust Pahrol Mohamad Juoi.


Ada 3 KOMBO BUKU.






Kombo 1: KOMBO ANGGUK RM30.00



BUKU ANGGUK GELENG, HIMPUNAN KISAH DAKWAH SATIRA.

Manusia tidak suka digesa, apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka.


Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang.
Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya "diundang" ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan.


Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan.


BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT KERANA:

memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk-mengeyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng - mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.




BUKU BEDUK DIKETUK LAGI

Buku ini merupakan susulan buku Beduk Diketuk yang telah berada di pasaran sebelum ini. Walaupun konsep yang dikemukakan masih sama namun mesej dan persoalan yang diketengahkan kali ini lebih luas dan menyeluruh.


Cerita-cerita dan huraian dalam buku ini disampaikan secara penuh hikmah; berkisah dalam tarbiah, mengejutkan, bersulam kiasan dan membuat teguran bersalut gurauan. Agar segala yang berat mudah difahami dan diaplikasi serta mesej-mesej yang sarat tarbiah mampu dihadam secara santai oleh pembaca.


Beduk perlu diketuk untuk menyedarkan dan memberi peringatan kepada umat manusia. Beduk Diketuk Lagi pastinya bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menyedarkan.


KOMBO KEDUA



KOMBO DIDIK RM35.00

Buku Tentang Cinta dan Didiklah Dari Hati


TENTANG CINTA Isu Remaja Kontemporani

 

Isu cinta memang menjadi tarikan untuk para remaja sejak zaman-berzaman lagi.

 

Tentang Cinta ini memberikan tafsiran dan persepsi baru mengenai topik-topik yang sering diperkatakan.

 

Apakah sebenarnya yang dikatakan cinta?

 

Bagaimanakah cara untuk bercinta?

 

Bagaimanakah pula cara untuk mencintai dan dicintai?

 

Siapakah role model kita dalan bercinta?

 

Cinta yang bagaimana yang dikatakan cinta ada class?

 

Itulah antara persoalan yang akan terjawab di dalam Tentang Cinta ini. Bagi yang pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan, jangan putus asa. Tataplah Tentang Cinta ini dengan sepenuh hati. Insya-Allah. ada penawarnya.

 

Buku ini sesuai untuk pembacaan remaja, manakala ibubapa pula mendapat tambahan dan hujahan ilmu untuk berhadapan dengan anak, hal-hal berkaitan tentang cinta remaja.


BUKU DIDIKLAH DARI HATI

 

Mungkin kita akan bertanya, adakah ibu bapa yang tidak ikhlas dalam mendidik anak-anaknya? Jawabnya, ya ... ada.

 

Anak hakikatnya bukan milik kita tetapi "milik" Allah, maka kita tidak boleh membesarkannya mengikut sesuka hati atau sesedap rasa kita.

 

Ibu bapa yang ikhlas akan banyak menerima walaupun mereka memberi bukan untuk itu. Apa yang mereka semai, akhirnya itulah yang akan mereka tuai.

 

Allah tidak akan mensia siakan ibu bapa yang ikhlas mendidik anak-anak hanya kerana mengharap keredaan-Nya. Malah Tuhan akan menitipkan rasa kasih kepada hati anak untuk mengasihi ibu bapa yang ikhlas itu.

 

Jasa mereka akan dikenang, budi mereka akan dibalas walaupun sedikit pun mereka tidak memintanya. Inilah hukum sunnatullah... siapa yang banyak memberi, akan banyak menerima. Kita tidak akan kehabisan dengan memberi, sebaliknya kita akan menerima lebih banyak lagi.

 

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU "DIDIKLAH DARI HATI INI?

 

i. Menyajikan panduan ringkas dan mudah difahami yang berkisar aspek kehidupan seharian yang mungkin kita sebagai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingannya dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

 

ii. Dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak dari aspek jasmani dan rohani.

 

 iii. Panduan dan penerangan yang diberikan dinyatakan dalam bentuk penomboran yang pastinya mudah diikuti oleh para ibu bapa.

*****************************************************************


Mahukan kedua-dua kombo ini???

Hanya RM50.00 sahaja (Biasa RM105.00


==============================================================


Jika anda hanya mahu buku tertentu sahaja, sila wasap che mat pada link di bawah.

klik saya untuk pilih buku tertentu 


==============================================================


KOMBO JIWA (kuantiti terhad)





Che Mat, Bantuan :)